Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini HTC Connect Membawakan Fungsi Apple Airplay Pada Peranti HTC

HTC 10 ialah peranti Android pertama yang menyokong protokol penstriman media Apple Airplay. Ini membolehkan HTC 10 memancarkan pelbagai media seperti Apple TV. Nampaknya fungsi menarik ini tidak eksklusif pada peranti terbaru HTC ini. Menerusi kemas kini aplikasi HTC Connect, peranti lama HTC seperti One M7, M8, M9 dan A9 turut akan menyokong Airplay.

Apple-Airplay-LOGOApa yang dilakukan HTC ini pastinya mengejutkan kerana biasanya fungsi baru seperti ini hanya akan diperkenalkan beberapa bulan selepas peranti utama dijual. Ini taktik yang biasa kami lihat dilakukan oleh pengeluar lain seperti Samsung. Syabas diucapkan kepada HTC kerana mengaktifkan sokongan Airplay pada peranti lama dan tidak memaksa pengguna untuk membeli peranti baru untuk menggunakan fungsi ini.

Muat-Turun HTC Connect



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kemas Kini HTC Connect Membawakan Fungsi Apple Airplay Pada Peranti HTC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info