Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mula Memperkenalkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Xperia Z5, Z4 Tablet, Z3+

Kemaskini sistem operasi Android merupakan salah satu perkara yang sering dinantikan ramai pengguna memandangkan ia sering mengambil masa yang lama. Bagi pengguna peranti Sony, mungkin berita baik kepada anda, kerana Sony hari ini telah mengumumkan pengenalan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna mereka.

Menurut Sony, Android 6.0 kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia untuk peranti siri Xperia Z5, Xperia Z4 Tablet dan juga Xperia Z3+.

Xperia Marshmallow

Kemaskini Android 6.0 Marshmallow membawa beberapa perkara baru, termasuk sokongan Now on Tap, kebolehan mengawal kebenaran aplikasi, dan termasuk sokongan Doze yang menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama.

Bagi anda yang menggunakan peranti yang tersenarai, anda mungkin boleh menyemak peranti anda dalam beberapa hari untuk melihat sama ada peranti anda telah bersedia untuk dikemaskini atau sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Mula Memperkenalkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Xperia Z5, Z4 Tablet, Z3+"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info