Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gershad – Aplikasi Pintar Untuk Mengelakkan Polis Moral Di Iran

Kementerian Kebudayaan dan Bimbingan Islam bertanggungjawab menjaga kesucian moral umat Islam di Iran. Mereka menapis bahan bacaan, laman web, filem, muzik dan bahan cetak di republik Islam ini. Mereka juga dikenali dengan nama panggilan Ershad dan turut berkuasa untuk menahan individu yang dirasakan mengamalkan cara hidup yang tidak mematuhi syarak seperti tidak bertudung ataupun memakai pakaian yang mencolok mata. Golongan muda di Iran tidak menggemari Ershad kerana dilihat sebagai apparat pemerintah yang menghalang kebebasan mereka sebagai manusia. Pada tahun 2014 enam anak muda Iran dijatuhkan hukuman penjara setahun dan disebat 91 kali kerana menghasilkan video muzik Happy nyanyian Pharrell Williams. Mereka didapati bersalah menari bersama bukan muhrim dan tidak memakai hijab oleh Ershad. Bagi mengelakkan aktiviti haram mereka diserbu oleh pihak Ershad, golongan muda Iran kini bergantung kepada aplikasi peranti pintar Gershad.

Gershad-IranGershad berfungsi seperti Waze dimana maklumat lokasi Ershad berhampiran dilaporkan oleh pengguna lain. Apabila lokasi polis moral ini diketahui, golongan muda boleh mengelakkan diri dari ditangkap ketika melakukan aktiviti tidak bermoral mengikut undang-undang Iran. Aplikasi ini hanya wujud pada platform Android buat masa ini. Reaksi dari golongan muda ada baik kerana mereka sudah bosan hidup sentiasa diperhatikan. Golongan ulama pula risau dengan kesan negatif terhadap masyarakat kerana aktiviti tidak bermoral dapat dilakukan tanpa risau diserbu polis moral. Syukur di Malaysia aplikasi seperti ini tidak wujud. Semua umat Islam Malaysia bersetuju dengan serbuan amal makruf dan nahi mungkar yang dilakukan oleh majlis agama Islam. Jika kita gagal mengawal nafsu, ada baiknya pihak pemerintah menghalangnya sebelum dihisab di akhirat kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gershad – Aplikasi Pintar Untuk Mengelakkan Polis Moral Di Iran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info