Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac

Gerhana matahari adalah salah satu fenomena yang jarang berlaku, dan untuk tahun ini, ia bakal boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi 9 Mac 2016 ini. Di Malaysia, kita hanya akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, sementara mereka yang berada di Sumatra, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik boleh melihat gerhana matahari penuh.

Gerhana matahari ini berlaku apabila bulan melalui antara matahari dan bumi – membuatkan matahari tertutup dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan. Kejadian ini boleh dikatakan sangat jarang berlaku – sekitar hanya sekali setahun.

Gerhana

Di Malaysia, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi pada hari Rabu ini, 9 Mac. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk tidak melihat terus ke matahari tanpa menggunakan sebarang penuras kerana ia berupaya memberikan kesan terhadap mata anda.

Bersempena dengan ini juga, pihak ANGKASA akan mengadakan sebuah acara khas di Planetarium Negara untuk melihatnya dari 7 pagi sehingga 10 pagi.

Untuk makluman, jika anda terlepas untuk melihatnya pada minggu ini, anda perlu nantikan sehingga 26 Disember 2019 untuk melihatnya berlaku sekali lagi di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info