Di dalam dunia peranti mudah alih, Nokia 3310 ialah peranti yang menerima nama jolokan Dewa Telefon kerana sukar untuk dimusnahkan. Peranti ini masih boleh berfungsi walau dilanggar kereta, tenggelam di dalam air dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Takhta Nokia 3310 ini mungkin dapat dicabar oleh Samsung Galaxy S5.
Sebuah Galaxy S5 didakwa terjatuh dari ketinggian 1000 kaki apabila pemiliknya sedang melakukan rakaman video dari sebuah pesawat. Video di atas menunjukkan bagaimana ia terjatuh sebelum ditemui oleh pemilik rumah di mana ia mendarat. Tubuh plastik yang ringan dipercayai faktor mengapa Galaxy S5 ini masih berfungsi walaupun terjatuh dari aras yang amat tinggi.
Adalah anda pernah mengalami situasi di mana peranti jatuh tanpa sebarang kerosakan? Galaxy Tab S kami pernah terjatuh dari ketinggian 10 kaki dan masih berfungsi. Tablet ini juga diperbuat daripada plastik dan mempunyai bezel yang tebal.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S5 Masih Berfungsi Selepas Terjatuh Dari Ketinggian 1000 Kaki"