Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Menawarkan Pelan XPAX FATTNET – RM88 Sebulan Untuk 8GB Data, 88 Minit Panggilan

Celcom semalam telah memperlihatkan pakej pascabayar mereka yang menawarkan data sehingga 10GB pada harga langganan bulan RM80. Hari ini, mereka turut memperkenalkan sebuah pakej prabayar baru yang ditawarkan untuk waktu terhad dinamakan sebagai XPAX FATTNET.

XPAX FATTNET

XPAX FATTNET ini hadir dengan penawaran data bulanan 8GB, 88 minit panggilan percuma dan juga 88 SMS percuma. Memandangkan ia hadir dibawah pakej XPAX, maka pengguna turut boleh menikmati Internet Burung Hantu antara pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Pengguna juga turut boleh mengakses kepada perkhidmatan muzik mereka, Yonder Music tanpa had melalui pakej XPAX FATTNET.

Pengguna XPAX yang berminat boleh melanggan kepada pelan ini bermula daripada 5 Februari hingga 31 Mac 2016 ini dengan menghantar SMS “NET88” kepada 28882.

XPAX FATTNET



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Celcom Menawarkan Pelan XPAX FATTNET – RM88 Sebulan Untuk 8GB Data, 88 Minit Panggilan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info