Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 9i Diperkenalkan Di India – Membawa Penawaran Sama Seperti Huawei Nova 2i

Huawei Malaysia baru sahaja memperkenalkan Huawei Nova 2i pada minggu lepas, dan bakal memasarkannya di Malaysia bermula 13 Oktober kelak. Kini, selain Huawei, sub-jenama mereka, iaitu Honor turut hadir dengan penawaran sama dengan sebuah peranti baru dinamakan Honor 9i.

Honor 9i menawarkan rekaan dan spesifikasi yang sama seperti Huawei Nova 2i. Ia menggunakan skrin 5.9-inci dengan paparan resolusi HD+ penuh, membawa nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip Kirin 659, serta memori 4GB RAM.

Honor 9i

Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang gabungan sensor 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera hadapan yang mengabungkan sensor 13-megapixel dan 2-megapixel. Ia turut menggunakan bateri 3340mAh.

Secara kosmetiknya, perbezaan boleh dilihat hanya pada penggunaan logo dibelakang, dimana ia menggunakan nama Honor. Pada bahagian hadapan, tiada sebarang logo Honor – berbeza dengan pada Huawei Nova 2i yang menyertakan paparan logo Huawei dihadapan.

Di India, Honor 9i ini akan dijual pada harga Rs. 17,999 iaitu sekitar RM1170. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Honor 9i akan ditawarkan di pasaran global atau tidak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 9i Diperkenalkan Di India – Membawa Penawaran Sama Seperti Huawei Nova 2i"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info