Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Melancarkan ThinkPad Anniversary Edition 25 – Hadir Dengan Spesifikasi Moden Bersama Ciri-Ciri Retro

Lenovo pada hari ini menyambut ulang tahun ThinkPad yang ke-25 iaitu siri komputer yang terkenal untuk kegunaan korporat. Bersempena dengan acara sambutan ini, mereka telah hadir dengan ThinkPad Anniversary Edition 25 yang menggabungkan penawaran spesifikasi moden bersama ciri-ciri retro.

Komputer ini masih menawarkan rekaan klasik ThinkPad, melalui rekaan penawaran warna hitam yang ikonik untuk siri komputer riba ini. Ia juga direka untuk kegunaan mobiliti masa kini, melalui berat peranti 1.58kg bersama ketahanan bateri sehingga 13 jam.

Apa yang menarik mengenai model ulang-tahun ini, Lenovo telah mendatangkan ia dengan ciri-ciri retro seperti papan kekunci klasik 7 baris dengan sokongan backlit, butang pelarasan suara, lampu status LED, dan logo ThinkPad dalam bentuk multi-warna.

Dari segi spesifikasi, ThinkPad Anniversary Edition 25 telah didatangkan dengan spesifikasi moden seperti skrin 14-inci pada resolusi 1080p, cip Intel Core i7-7500U, storan dalaman setinggi 512GB berasaskan PCIe, bersama memori setinggi 16GB DDR4. Ia juga turut membawa sokongan grafik NVIDIA GeForce 940MX 2GB GDDR5, sokongan Dolby Audio Premium, dan sistem operasi Windows 10 Pro.

Dari segi sambungan pula, ia menawarkan 3 x USB 3.0, 1 x USB-C dengan Thunderbolt 3, 1 x HDMI, dan 1 x RJ45. Ia juga masih membawakan earphone jack 3.5mm dan slot kad 4-dalam-1 (SD, MMC, SDHC, SDXC) untuk memudahkan pemindahan data di antara peranti.

ThinkPad Anniversary Edition 25 ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan melalui negara-negara terpilih sahaja dalam jumlah kuantiti yang amat terhad. Buat masa ini, Lenovo masih belum mengumumkan sebarang harga dan tarikh rasmi untuk jualan komputer riba ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Melancarkan ThinkPad Anniversary Edition 25 – Hadir Dengan Spesifikasi Moden Bersama Ciri-Ciri Retro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info