Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 8 Pro Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM1999

Honor 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan, tetapi beberapa pihak telah mula mengambil pra-tempahan untuk peranti berkenaan. Terkini, 11Street turut telah mula mengambil pra-tempahan untuk Honor 8 Pro pada harga RM1999.

Honor 8 Pro menawarkan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi QHD, dilengkapi cip berkuasa Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, dan turut menyertakan sokongan Vulkan untuk pengalaman permainan menarik. Honor 8 Pro turut menggunakan dwi-kamera 12-megapixel, selain bateri berkapasiti 4000mAh yang dikatakan mampu menawarkan masa penggunaan lebih sehari.

Melalui penyenaraian 11Street, peranti ini disasarkan akan hadir sekitar 13 Julai kelak. Bagi anda yang berminat, sudah boleh melakukan pra-tempahan untuknya melalui laman 11Street bermula hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 8 Pro Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM1999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info