Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Menasihatkan Pengguna Komputer Riba VAIO Untuk Menangguhkan Penaik-tarafan Ke Windows 10

Sony sebelum ini telah menjual jenama VAIO kepada syarikat lain, dan tidak lagi mengeluarkan sebarang produk baru dibawah jenama tersebut. Namun, Sony masih tertakluk untuk memberikan sokongan kepada sejumlah pengguna yang masih menggunakan komputer riba VAIO ketika dikeluarkan mereka.

Sony VAIO Duo 11

Kini, dengan hadirnya Windows 10, pihak Sony memberikan notifikasi kepada pengguna komputer riba VAIO mereka, dimana untuk menangguhkan penaik-tarafan ke Windows 10 sehingga sekitar Oktober atau November 2015 ini.

Penangguhan ini adalah untuk memastikan semua driver bergerak lancar dengan Windows 10 dan tidak menyebabkan sebarang masalah terhadap pengguna.

Sony mengatakan mereka akan mengeluarkan jadual penaik-tarafan ke Windows 10 tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Menasihatkan Pengguna Komputer Riba VAIO Untuk Menangguhkan Penaik-tarafan Ke Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info