Sembang Maniac

Sembang-sembang je

United Kingdom Menguji Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Terbina Di Dalam Jalan Raya Untuk Kenderaan Elektrik

Kenderaan elektrik ialah teknologi masa hadapan yang sedang pesat dibangunkan. Ianya diharapkan dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Di Malaysia kenderaan elektrik buatan Tesla dibawa masuk oleh Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) sebagai ujian untuk digunakan syarikat GLC. Proton turut membangunkan kenderaan elektrik mereka dan mensasarkan penjualannya menjelang 2017. Kesemua usaha positif ini harus disokong kerana umum diketahui sumber bahan api fosil semakin berkurangan dan harga minyak rendah yang dilihat sekarang tidak akan kekal selama-lamanya.

wireless-Charging-Car

Masalah utama kenderaan elektrik ialah jarak perjalanan yang terhad jika dibandingkan dengan kenderaan bahan api fosil. Teknologi bateri masih lagi belum cukup efisien, murah dan ringan untuk menjadikan kenderaan elektrik sebagus kenderaan konvensional. Menyedari hakikat ini sistem pengecasan tanpa wayar terbina di dalam jalan raya akan diuji di United Kingdom pada penghujung tahun ini. Ianya adalah pertama kebolehlaksanaan sistem ini diuji di dunia. Sekiranya berjaya kenderaan elektrik masa hadapan tidak perlu berhenti untuk dicas seperti yang diperlukan sekarang. Sistem pengecasan tanpa wayar pada tempat letak kereta memang sudah wujud tetapi pengecasan berterusan ketika kenderaan bergerak di atas jalan raya adalah perbatasan teknologi yang belum diterokai.

Kerajaan United Kingdom akan membelanjakan £500 Juta (RM 3 Billion) dalam masa lima tahun bagi membangunkan infrastruktur menyokong kenderaan elektrik di negara mereka. Antaranya ialah membina satu pengecas kenderaan elektrik setiap 20 batu pada jalan raya utama negara ini. Pada masa yang sama ia memastikan UK tidak ketinggalan dalam mempelopori teknologi ini. Jelas sekali teknologi kenderaan elektrik memang mengubah kehidupan manusia pada masa hadapan tetapi kos yang diperlukan untuk menjadikannya realiti adalah terlalu mahal buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "United Kingdom Menguji Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Terbina Di Dalam Jalan Raya Untuk Kenderaan Elektrik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info