Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cakera Ultra HD Blu-Ray Akan Mula Dijual Hujung Tahun Ini

Televisyen beresolusi 4K sudah berada di pasaran tempatan lebih daripada setahun. Penstriman 4K menerusi YouTube juga kini sudah menjadi semakin popular. Namum bagi kebanyakan peminat filem seperti kami kandungan 4K di dapat versi fizikal masih belum dapat dibeli. Kedai-kedai video masih lagi lebih banyak menjual DVD daripada Blu-ray walaupun resolusi 480P DVD sudah jauh ketinggalan zaman.

Ultra-HD-Blu-Ray

Kepada yang menantikan filem dalam versi Ultra HD, anda hanya perlu menunggu sehingga akhir tahun ini. Blu-ray Disc Association (BDA) yang memegang hak teknologi Blu-ray akan mula mengeluarkan lesen penghasilan cakera Ultra HD Blu-ray (UHDBD) bermula 24 Ogos ini. Kumpulan pertama format baru cakera Blu-Ray ini akan mula memasuki pasaran pada bulan November. Cakera UHDBD menyokong video pada resolusi 4K sehingga 60 frame sesaat. Cakera UHDBD dua lapisan mempunyai kapasiti 100 Gigabyte dan memainkan media pada kadar (bitrate) 108 Mbps. Sebagai perbandingan kadar memainkan video pada Youtube sekarang ialah 48 Mbps dan pada Netflix hanya 16 Mbps. Ini bermakna kualiti video yang tersimpan di dalam cakera UHDBD adalah jauh lebih baik berbanding apa yang dilihat secara penstriman.

Antara fungsi menarik cakera UHDBD ialah pemilik boleh mempunyai satu salinan digital dengan setiap pembelian cakera. Salinan digital ini kemudian boleh disimpan dan dimainkan pada peranti mobil yang menyokong sistem DRM yang digunakan. Sony, Panasonic dan Samsung dijangka akan melancarkan pemain media UHDBD mereka pada IFA 2015 yang akan berlangsung di Berlin bulan hadapan. Adakah anda sudah bersedia untuk kandungan 4K secara meluas?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cakera Ultra HD Blu-Ray Akan Mula Dijual Hujung Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info