Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Michael Lai, Bekas CEO P1 Menyertai MyRepublic, Syarikat Telekomunikasi Dengan Internet Laju – Akan Meluaskan Penawaran Ke Malaysia

MyRepublic merupakan salah satu syarikat telekomunikasi dari Singapura, yang telah merancang untuk memperluaskan penawaran ke pasaran Malaysia sejak daripada ahun 2013 yang lepas. Kini, perancangan tersebut mungkin bergerak kehadapan dengan lebih pantas, memandangkan Michael Lai, bekas CEO P1 telah pun menyertai syarikat berkenaan.

Michael Lai

Michael Lai akan bertanggungjawab untuk memperluaskan perkhidmatan MyRepublic ke beberapa pasaran baru, termasuk Malaysia dan juga Kemboja.

Michael Lai sebelum ini telah bertugas sebagai CEO untuk TM Net pada tahun 2005 yang lepas, sebelum beralih ke P1 WiMAX pada tahun 2007. Beliau meninggalkan syarikat telekomunikasi P1 WiMAX pada tahun 2013.

Bercakap mengenai MyRepublic pula, ia merupakan salah satu syarikat telekomunikasi dari Singapura yang mendapat perhatian ramai sejak ia diperkenalkan. Ini adalah kerana penawaran harganya yang rendah – dimana pakej 1Gbps hanya ditawarkan pada harga serendah $49.99 di Singapura (sekitar ~RM135).

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah MyRepublic akan memasuki pasaran tempatan. Memandangkan Michael Lai mempunyai pengalaman dalam dua syarikat telekomunikasi terkemuka negara, mungkin beliau dapat memudahkan proses untuk syarikat telekomunikasi MyRepublic ini memasuki pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Michael Lai, Bekas CEO P1 Menyertai MyRepublic, Syarikat Telekomunikasi Dengan Internet Laju – Akan Meluaskan Penawaran Ke Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info