Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R7 Dan Oppo R7 Plus Akan Ke Malaysia Seawal Jun – Oppo R7 Lite Turut Bakal Diperkenalkan

Oppo telah memperkenalkan dua telefon pintar baru mereka, iaitu Oppo R7 dan juga Oppo R7 Plus pada minggu ini. Lanjutan daripadanya, kini diketahui yang mana Oppo akan membawa masuknya ke pasaran tempatan tidak lama lagi – iaitu seawal bulan Jun ini.

Oppo turut mengatakan mereka bakal menawarkan kedua-dua peranti mereka untuk pasaran global – termasuk sebuah versi khusus dinamakan Oppo R7 Lite.

Oppo R7

Oppo R7 sebelum ini telah diumumkan membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan lapan-teras, memori 3GB RAM, serta bateri berkapasiti 2320mAh. Untuk Oppo R7 Plus pula, ia membawakan skrin bersaiz 6-inci dan bateri berkapasiti lebih besar, selain penambahan beberapa ciri khusus termasuk autofokus berasaskan laser.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan antaramuka ColorOS 2.1, selain dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC.

Di China, Oppo R7 dijual pada harga sekitar RM1450, sementara Oppo R7 Plus pula dijual pada harga RM1750.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R7 Dan Oppo R7 Plus Akan Ke Malaysia Seawal Jun – Oppo R7 Lite Turut Bakal Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info