Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firefox Kelak Akan Memperlihatkan Iklan Pada Halaman Tab Baru Berasaskan Kepada Sejarah Pelayaran Web Anda

Firefox merupakan salah satu pelayar web yang dibangunkan oleh Mozilla, dan ditawarkan secara percuma. Dalam usaha untuk terus beroperasi, mereka biasanya bekerjasama dengan beberapa enjin carian untuk menjana pendapatan melalui penawaran pelayar web mereka. Kini, untuk terus menambah pendapatan, mereka turut dilihat akan mula memperlihatkan iklan pada pelayar web Firefox.

Suggested Tiles

Melalui penawaran baru kelak, Mozilla akan menyertakan “Suggested Tiles” pada halaman tab baru, dimana mereka akan menyertakan pautan ke web-web pengiklan yang dicadangkan berdasarkan kepada pelayaran web anda. Sebagai contoh, jika anda sering ke laman edagang, maka ia akan memperlihatkan pautan ke web edagang, sementara jika selalu melayari laman teknologi, maka ia akan memperlihatkan pautan ke laman teknologi berkaitan.

Mozilla akan mulakan ujian untuk bentuk iklan baru ini bermula minggu hadapan pada Firefox Beta, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia turut diperluaskan ke versi stabil tidak lama selepas itu.

Seperti biasa, anda masih boleh memadamkan pengiklanan ini jika anda tidak meminatinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox Kelak Akan Memperlihatkan Iklan Pada Halaman Tab Baru Berasaskan Kepada Sejarah Pelayaran Web Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info