Selepas pelbagai desas-desus sejak beberapa hari kebelakangan ini, hari ini Microsoft secara rasminya mengumumkan yang mana mereka kini rasmi mengambil-alih GitHub. Microosft membayar $7.5 bilion (~RM29.8 bilion) untuk pengambil-alihan ini.
Bagi yang tidak mengenali akan GitHub, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan secara aktif oleh kebanyakkan pengaturcara. Ia membolehkan anda memuat-naik kod pembangunan, seterusnya bekerjasama dengan pengaturcara lain melaluinya. Pelbagai syarikat gergasi menggunakan perkhidmatan berkenaan, dimana selain Microsoft adalah Google, Apple dan juga lain-lain.
Pengambil-alihan ini terus mengukuhkan kedudukan pihak Microsoft dikalangan para pembangun dan pengaturcara, selain peminat dunia sumber terbuka. Untuk GitHub sendiri, ia mungkin akan lebih membuatkan pengguna yakin menggunakannya, selain turut diperluaskan penggunaan dikalangan syarikat perusahaan yang mana telah sedia menjadi pelanggan perkhidmatan Microsoft.
We're thrilled to announce that we've entered into an acquisition agreement with @Microsoft! https://t.co/4DezuXTJfV pic.twitter.com/LUZxjXFVVw
— GitHub (@github) June 4, 2018
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : Microsoft Mengambil-Alih GitHub Pada Nilai Melangkaui RM29 Bilion"