Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Grab&Go Ditawarkan Di Singapura – Penjualan Barangan Runcit Di Dalam Kenderaan Grab

Perkhidmatan tempahan pengangkutan kini mendominasi pasaran Asia Tenggara selepas mengambil alih operasi Uber. Bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Grab bekerjasama dengan Cargo bagi menawarkan perkhidmatan Grab&Go di Singapura. Menerusi perkhidmatan ini, penumpang boleh membeli atau mencuba secara percuma barangan runcit seperti minuman, makanan atau produk kecantikan.

Sebuah bekas simpanan akan diletakkan di dalam kenderaan Grab. Pengguna perlu memasukkan kod empat angka untuk membukanya. Sekiranya berminat mereka kemudian boleh membeli produk yang ditawarkan dan ia akan dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan bayaran setibanya ke destinasi.

Pemandu Grab pula akan menerima komisen sebanyak 20% untuk setiap produk yang dijual dan sampel yang diambil oleh penumpang mereka. Ini diharap dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka ketika memandu. Sebelum ini ada pemandu melakukan inisiatif sendiri memberikan minuman dan jajan untuk penumpang mereka.

Grab&Go dilancarkan di Singapura terlebih dahulu tetapi menurut Grab ia akan dikembangkan ke kesemua pasaran Asia Tenggara di masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Grab&Go Ditawarkan Di Singapura – Penjualan Barangan Runcit Di Dalam Kenderaan Grab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info