Acara pelancaran Xiaomi Mi 8 masih lagi berlangsung dan peranti ini nampaknya akan hadir dalam versi Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Perbezaan versi ini dengan versi biasa ialah ia dilengkapi pengimbas cap jari terbina dalam skrin, panel belakang yang lutsinar dan sistem imbasan wajah 3D seakan Face ID iPhone X.
Spesifikasi lain masih lagi sama iaitu skrin 6.21″ AMOLED, sistem dwi kamera 12+12 Megapixel pada bahagian belakang dan kamera swafoto 20-Megapixel. Xiaomi Mi 8 Explorer Edition ini kelihatan amat unik kerana panel belakangnya yang lutsinar. Hanya minggu lalu gambar peranti ini tertiris ke arena web. Berita masih sedang dikemaskini.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Dilancarkan Dengan Tubuh Lutsinar, Pengimbas Cap Jari Terbina Skrin Dan Sistem Imbasan Wajah 3D"