Xiaomi Mi 8 dilancarkan secara rasmi hari ini sekaligus mengesahkan Xiaomi melangkau angka tujuh dalam penamaan peranti keluarga Mi tahun ini. Ia menggunakan skrin bertakuk sebesar 6.21 inci AMOLED keluaran Samsung dan menyokong sistem Always on Display. Walau bagaimanapun skrin peranti ini hanya terhad kepada resolusi FHD+. Ini menjadikannya peranti pertama Xiaomi menggunakan skrin bertakuk dan OLED.
Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 8 dijana pemproses Snapdragon 845 yang merupakan antara pemproses paling berkuasa di pasaran sekarang. Kamera utama sebesar 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 digunakan pada bahagian belakang.Satu sensor dengan lensa sudut lebar manakala satu lagi dengan lensa zoom optikal 2X. Ini ialah konfigurasi serta rekaan yang sama seperti yang digunakan pada Mi MIX 2S sebelum ini.
Kamera swafoto 20-Megapixel f/2.0 pula mempunyai sokongan pemancar infra merah. Ini membolehkan sistem nyahkunci peranti menggunakan wajah digunakan dalam keadaan gelap. Kesemua sistem kamera dan pemancar infra merah ini diletakkan pada bahagian takuk di atas skrin
Kedua-dua kamera belakang dan hadapan mempunyai sokongan kecerdasan buatan yang menganalisa objek yang ingin diambil. Ia kemudian mengambil gambar pada tetapan optimum untuk mengambil gambar yang terbaik. Gambar dengan kesan bokeh juga boleh dilakukan walaupun hanya dilengkapi satu kamera.
Sedang dikemaskini.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 8 Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED Bertakuk Dan Sistem Nyahkunci Wajah Infra Merah"