Bersama-sama pengenalan sejumlah peranti baru, Xiaomi turut memperkenalkan sistem operasi MIUI mereka yang terkini, iaitu MIUI 10. Seperti biasa, ia masih berasaskan Android, tetapi hadir dengan sejumlah penambah-baikkan.
Xiaomi melalui MIUI 10 dilihat memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan pada sistem operasi berkenaan – termasuk pada bahagian kamera untuk mneghasilkan rakaman yang cantik.
Disamping itu, kecerdasan buatan pada MIUI 10 turut akan mempelajari kaedah penggunaan seseorang, sekaligus lebih mengoptimasikan sistem dan aplikasi yang sering digunakan.
MIUI 10 turut hadir penambah-baikkan pada antaramuka, termasuk sedikit perubahan pada Recent.
Buat masa ini, MIUI 10 ini hanya untuk pengguna di China sahaja. Pihak Xiaomi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran global untuk sistem operasi ini dalam masa terdekat.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MIUI 10 Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan Dilancarkan Untuk Pasaran China"