Menjadi kebiasaan untuk penyedia perkhidmatan perbankan atas-talian untuk melakukan penyelenggaraan setiap tengah malam untuk tempoh hampir sejam. Namun, sedikit berbeza esok, pihak Maybank mengumumkan akan melakukan penyelengagaraan sistem dari jam 12 tengah malam 1 Jun 2018 sehingga 7 pagi tarikh sama.
#mbbalert We are conducting system maintenance on 1 June 2018. Our electronic banking services e.g. Maybank2u, ATMs will commence operations at 7:00 a.m instead of 6 a.m on that day. For full details, please visit https://t.co/JUWNihKhcr
— Maybank (@MyMaybank) May 30, 2018
Ketika proses penyelenggaraan ini, perkhidmatan perbankan elektronik seperti Maybank2U dan ATM tidak boleh digunakan. Ia akan kembali beroperasi pada 7 pagi esok.
Maybank tidak menyatakan sebab untuk penyelenggaraan sistem ini. Berkemungkinan besar ia adalah disebabkan keperluan untuk membuat perubahan untuk penerimaan GST kadar sifar.
Selain Maybank, beberapa bank lain turut dijangka melakukan penyelenggaraan lebih kurang sama.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Anda Tidak Boleh Menggunakan Perbankan Elektronik Maybank Dari Jam 12 Tengah Malam Hingga 7 Pagi Esok"