Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Western Digital Memperkenalkan Siri Storan Padat SSD G-Technology Thunderbolt 3

G-Technology ialah jenama storan dibawah syarikat Western Digital yang biasanya hadir dengan peranti-peranti storan yang laju, hadir dengan jumlah storan yang banyak, dan juga hadir dengan saiz yang padat dan mudah dibawa kemana-mana, terutamanya jika anda seorang pekerja kreatif yang sering kesana-kemari untuk pelbagai tugasan.

Terkini, Western Digital dilihat mengumumkan tiga peranti storan G-Technology yang baru, iaitu G-Drive Mobile Pro SSD, G-Drive Pro SSD dan G-Speed Shuttle SSD.

G-Drive Mobile Pro SSD hadir dengan storan berkapasiti 1TB, dan ini tidaklah terlalu besar jika anda bekerja dengan video-video pada resolusi 4K ataupun 8K, tetapi ia hadir dengan sambungan Thunderbolt 3, dan mempunyai kadar pembacaan data selaju 2800MB/s, cukup pantas untuk pengguna mengedit video beresolusi tinggi terus dari set.

Satu lagi cirinya yang cukup menarik ialah peranti ini tidak memerlukan sebarang soket kuasa untuk menggerakkannya, dan boleh digunakan terus apabila ia disambungkan kepada laptop ataupun komputer. Ia juga hadir dengan rangka aluminum yang membantu storan ini mengurangkan suhu panas.

G-Drive Pro SSD pula ialah storan SSD yang hadir dengan jumlah storan lebih besar, pada 7.68TB, dan juga menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 3 yang juga menjanjikan kadar penghantaran data setinggi 2800MB/s yang mampu memindah data sebesar 1TB dalam masa tujuh minit sahaja.

Peranti ini mempunyai dua sambungan Thunderbolt 3 yang membolehkan ia disambungkan kepada lima peranti lain melalui kaedah daisy-chain. Ia juga hadir dengan storan SSD kelas enterprise yang dikatakan mampu tahan kadar penghantaran data 1DW/D (Drive Write per Day).

G-Speed Shuttle SSD pula hadir dengan storan SSD sehingga 16TB, dan boleh dipasang dalam konfigurasi Raid 0, 1, 5 dan 10. Sama seperti peranti-peranti yang lain, ia juga dilengkapi dengan teknologi sambungan Thunderbolt 3, dan menjanjikan kelajuan penghantaran 2800MB/s.

Kesemua peranti-peranti ini hadir dengan jumlah storan yang sesuai dengan keperluan pengguna. Beberapa peranti storan ini juga sudahpun hadir di pasaran antarabangsa, manakala beberapa yang lain akan mula dijual pada bulan Mei kelak.

  • G-Drive Mobile Pro SSD (500GB) – $659.95
  • G-Drive Mobile Pro SSD (1TB) – $1,049.95
  • G-Drive Pro SSD (960GB) – $1,399.95
  • G-Drive Pro SSD (1.92TB) –  $2099.95
  • G-Drive Pro SSD (3.84TB) – $4099.95
  • G-Drive Pro SSD (7.68TB) – $7955.95
  • G-Speed Shuttle SSD (8TB) – $5099.95
  • G-Speed Shuttle SSD (16TB) – $7599.95


Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Western Digital Memperkenalkan Siri Storan Padat SSD G-Technology Thunderbolt 3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info