Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan API Grafik Vulkan 1.1 Untuk Android P Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Semasa pelancaran Android 7.0 Nougat, API Grafik Vulkan 1.0 diperkenalkan sebagai pengganti kepada OpenGL. API grafik terbaru ini memberi penambahbaikan dalam prestasi paparan grafik. Semalam, pihak XDA menemui barisan kod yang mengesahkan sokongan API Grafik Vulkan terbaru iaitu Vulkan 1.1 terdapat dalam AOSP Android P.

Barisan kod grafik API ini sudah pun digabungkan dengan kod-kod Android P dan ia mungkin akan diperlihatkan dalam Android P versi percubaan pembangun kedua tidak lama lagi. Antara perkara baru dalam Vulkan 1.1 ialah Subgroup Operations, extension integration, SPIR-V 1.3, dan banyak lagi.

 

Antara perbezaan ketara dalam Vulkan 1.1 berbanding dengan Vulkan 1.0 adalah sokongan VR yang lebih baik, prestasi memainkan video 360° yang lebih bagus dan juga mempunyai mekanisme perlindungan kandungan. Selain itu, fungsi baru Subgroup Operations mengaktifkan perkongsian data yang lebih efisien dan manipulasi data antara tugas-tugas GPU.

Permua-permua terkini yang berada di Play Store menggunakan Vulkan 1.0 dan menurut XDA pengguna biasa tidak akan rasa perbezaan yang ketara. Namun begitu, bagi pembangun pula Vulkan 1.1 ini akan memberi sedikit perbezaan dalam pembangunan atau mengemaskini permua.

Para pembangun mungkin boleh mula membangunkan permua berasaskan Vulkan 1.1 sebaik sahaja Android P versi percubaan pembangun kedua dilancarkan. Manakala, pengguna lain boleh nantikan kehadiran Android P versi stabil pada penghujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan API Grafik Vulkan 1.1 Untuk Android P Akan Hadir Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info