Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tiga Snapchat Lenses Khusus Untuk iPhone X Dilancarkan

iPhone X ialah peranti yang unik di pasaran kerana kamera hadapan yang mengimbas wajah pengguna secara tiga dimensi. Maklumat wajah ini digunakan untuk menghasilkan animasi Animoji yang tepat dan lancar tidak seperti yang ditemui pada peranti lain. Bagi menggunakan fungsi unik ini, tiga Snapchat Lenses baru dihasilkan khas untuk iPhone X.

Ketiga-tiga lensa akan meletakkan topeng pada wajah pengguna sama seperti lensa-lensa sebelum ini. Tetapi kerana penggunaan teknologi iPhone X, ia kelihatan lebih realistik dan bergerak mengikut wajah dengan lebih tepat. Snapchat ialah aplikasi yang sejak dari dahulu berfungsi lebih baik pada iOS berbanding Android. Dengan pengenalan Lenses baru ini, sekali lagi iOS mempunyai kelebihan berbanding sistem operasi dengan jumlah pengguna terbesar di dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tiga Snapchat Lenses Khusus Untuk iPhone X Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info