Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fujifilm Menghentikan Pengeluaran Filem Dan Kertas Gambar Hitam Putih

Kepopularan telefon pintar dengan kamera terbina membuatkan ramai tidak lagi memiliki sebuah kamera digital. Lebih ramai lagi yang sudah berdekad tidak memiliki kamera filem analog. Kerana permintaan yang semakin berkurangan, semakin banyak filem analog dihentikan pengeluarannya. Fujifilm telah mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran filem dan juga kertas gambar hitam putih mereka.

Filem Neopan 100 Acros 35mm dan 120 kedua-duanya akan dihentikan pengeluaran bermula Oktober 2018. Beberapa saiz kertas gambar hitam putih juga akan dihentikan secara berperingkat pada Oktober 2018 sehingga Mac 2020. Faktor ekonomi dan permintaan yang berkurangan menyumbang kepada keputusan ini. Bilakah kali terakhir anda membeli filem analog untuk kamera? Kami mungkin kali terakhir membelinya sekitar tahun 2001. Pada tahun tersebut kami sudah mula memiliki sebuah kamera digital.

Sumber Fujifilm dan Petapixel



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fujifilm Menghentikan Pengeluaran Filem Dan Kertas Gambar Hitam Putih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info