Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Pintar Tanpa Sokongan Internet Samsung Galaxy J2 Pro Dilancarkan Di Korea Selatan

Peranti pintar digunakan oleh orang ramai kerana ialah pengganti kepada komputer riba yang boleh dimiliki pada harga yang mampu milik. Kebangkitan telefon pintar menyebabkan jualan komputer riba menurun sejak sedekad yang lalu. Lebih mudah melayari web menggunakan telefon pintar yang kompak berbanding sebuah komputer riba.

Tetapi terdapat sebilangan kecil pengguna yang mahu menggunakan telefon pintar tanpa capaian internet. Untuk golongan ini Samsung Galaxy J2 Pro telah dilancarkan di Korea Selatan yang tidak mempunyai sokongan internet. Ini bermakna tiada sokongan WiFi dan rangkaian internet 3G/4G. Sebaliknya ia hanya boleh melakukan panggilan telefon dan menghantar SMS.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.0″ SAMOLED qHD, pemproses 1.4GHZ empat teras, memori sebesar 1.5GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8GB, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 2600 mAh. Sistem operasi digunakan tetapi versi tidak pula diketahui.

Bagi yang merasakan peranti ini aneh, ia tidak disasarkan untuk anda. Ia adalah untuk warga tua yang tidak merasakan internet itu penting atau untuk anak-anak kecil. Di Korea Selatan Samsung J2 Pro dijual pada harga 199,100 KRW (~RM 722) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Telefon Pintar Tanpa Sokongan Internet Samsung Galaxy J2 Pro Dilancarkan Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info