Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selepas Maxis Hadir Dengan Pascabayar Hotlink, Kini Celcom Bakal Mengikut Jejak Melalui Xpax Postpaid

Maxis sedia terkenal dengan penawaran pelan prabayar mereka Hotlink sebelum ini. Namun, pada awal tahun ini, Maxis mengambil langkah untuk menawarkan pelan Hotlink Postpaid Flex, sekaligus turut membawa jenama Hotlink untuk penawaran pelan pascabayar.

Selepas Maxis, pihak Celcom kini dilihat turut mengikut jejak. Kini, ia dilihat Celcom turut memperkenalkan pelan pascabayar untuk jenama Xpax mereka, dinamakan Xpax Postpaid. Celcom dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu hadapan, 18 April kelak.

Xpax Postpaid

Xpax Postpaid disasarkan untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, dan melaluinya ia menyertakan beberapa promosi khusus. Termasuk antaranya adalah pakej panggilan tanpa had kepada 5 rakan didalam rangkaian Celcom, akses tanpa had untuk YouTube pada lewat malam, dan akses Music Walla secara percuma.

Dua pakej ditawarkan dibawah Xpax Postpaid, iaitu XP50 dan juga XP79. XP50 menawarkan pakej data 15GB pada harga langganan RM50 sebulan, sementara XP79 pula menawarkan pakej 22.5GB pada harga RM79 sebulan. Pelan yang berbeza turut ditawarkan sekiranya pengguna memilih untuk mendapatkan pelan Xpax Postpaid ini bersama-sama dengan peranti.

Xpax Postpaid

Xpax Postpaid

Seperti biasa, pengguna boleh menambah data dengan membelinya secara berasingan sekiranya apa yang ditawarkan tidak mencukupi.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pelan baru ini pada acara pelancaran rasminya yang dijangka diadakan pada minggu hadapan kelak. Memandangkan ia akan mengambil seminggu lagi untuk pelancaran, maka tidak mustahil sekiranya kita melihat pihak Celcom membuat perubahan pada pelan sebelum Xpax Postpaid ini dilancarkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selepas Maxis Hadir Dengan Pascabayar Hotlink, Kini Celcom Bakal Mengikut Jejak Melalui Xpax Postpaid"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info