Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dilihat Mula Menawarkan Pilihan Bayaran Pengiklanan Menggunakan Bank Atas-Talian

Laman sosial Facebook sedia menjana pendapatan mereka melalui pengiklanan, dan kini dalam usaha menarik lebih ramai mengiklan melaluinya – selain daripada penggunaan kad debit atau kredit sahaja, pihak Facebook kini dilihat turut menawarkan pilihan pembayaran melalui bank-bank tempatan.

Facebook Ads

Facebook Ads

Pilihan ini dilihat ditawarkan kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ciri pengiklanan di Facebook sahaja buat masa ini.

Melalui ciri ini, pengguna terlebih dahulu akan diminta untuk menambah-nilai akaun Facebook Payment mereka – dimana pembayaran boleh dilakukan melalui bank-bank atas-talian tempatan seperti Maybank, CIMB dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai menambah-nilai, pengguna boleh memulakan aktiviti promosi terus pada platform sosial terkemuka berkenaan.

Facebook Ads

Facebook Ads

Kami kurang pasti berkenaan sejak bilakah ia telah ditawarkan untuk pengguna tempatan. Namun, daripada pengamatan kami, hanya akaun pengguna yang tidak pernah menggunakan pengiklanan Facebook sahaja memaparkan ciri ini buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Dilihat Mula Menawarkan Pilihan Bayaran Pengiklanan Menggunakan Bank Atas-Talian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info