Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Note 2 Dan Xiaomi Mi 5 Kini Menerima Kemaskini Beta MIUI Berasaskan Android Oreo

Xiaomi Mi Note 2 adalah siri Mi Note terakhir daripada Xiaomi yang menggunakan spesifikasi tinggi kerana model kemaskininya, Xiaomi Mi Note 3 ialah sebuah peranti kelas pertengahan. Manakala Xiaomi Mi 5 pula ialah telefon pintar kelas utama yang berjaya memikat hati peminat kerana dijual pada harga amat mampu milik. Kini kedua-dua telefon pintar ini menerima kemaskini MIUI beta dengan Android Oreo.

Sebagai peringatan Xiaomi Mi Note 2 dilengkapi skrin 5.7 Inci AMOLED HD penuh, dijana cip pemproses Snapdragon 821, memori sebesar 4GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 4070mAh. Manakala Xiaomi Mi 5 pula menggunakan cip pemproses Snapdragon 820, memori sebesar 3GBRAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Anda boleh mula muat turun fail kemaskini MIUI Beta Android Oreo ini melalui pautan di bawah.

Muat turun MIUI 9 Beta untuk Xiaomi Mi 5

 Muat turun MIUI 9 Beta untuk Xiaomi Mi Note 2

Kemaskini ini memerlukan anda unlock bootloader peranti anda

Sumber XDA dan MIUI Forum



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Note 2 Dan Xiaomi Mi 5 Kini Menerima Kemaskini Beta MIUI Berasaskan Android Oreo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info