Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ChromeOS Bakal Menyertakan Notifikasi Pada Skrin Kunci Seakan Android

ChromeOS makin hari makin membangun dengan pelbagai ciri menarik yang mampu membuatkan pekerja pejabat atau pelajar bertukar OS. Ciri-ciri menarik pada ChromeOS mula membangun dengan hebat sejak Google Pixelbook dilancarkan. Ini kerana ChromeOS pada Google Pixelbook mempunyai banyak ciri yang tiada pada peranti ChromeOS lain.

Kini melalui Chromium Gerrit, terdapat barisan kod yang menyatakan ChromeOS bakal mempunyai notifikasi pada skrin kunci seakan sistem operasi Android.

Barisan kod di atas, “Enable notifications on the lock screen.” memberi bukti dimana ChromeOS bakan menukar Message Center kepada notifikasi pada skrin kunci. Maklumat lanjut terdapat pada butiran bernombor 939223 yang bertajuk “Show Message Center on lock screen behind flag.”

Fungsi ini bakal memberi pengalaman yang berbeza dalam penggunaan ChromeOS sebagai sistem operasi harian. Ini kerana ianya hampir dengan sistem operasi Android yang mempunyai pelbagai ciri dan fungsi. Kemaskini ini mungkin akan hadir tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ChromeOS Bakal Menyertakan Notifikasi Pada Skrin Kunci Seakan Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info