Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi MIX 2S Dilancarkan Dengan Snapdragon 845 Dan Sistem Dwi-Kamera

Xiaomi Mi MIX 2S dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai model pengganti Mi MIX yang dilancarkan pada tahun 2016. Berbeza dengan MI MIX 2 yang dilancarkan tahun lalu, rekaan tubuh Mi MIX 2S lebih berkotak.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi MIX 2S dijana pemproses Snapdragon 845, kamera utama sebesar 12+12 Megapixel. Satu sensor dengan lensa sudut lebar manakala satu lagi dengan sistem zoom optical. Sedikit mengecewakan kamera hadapan peranti masih lagi terletak pada bahagian dagu peranti seperti model terdahulu.

Dari segi rekaan ia kelihatan seperti rekaan kamera belakang sebuah iPhone X. Kamera utama ini juga dilengkapi kamera Sony IM363 dengan sistem penstabilan OIS serta pemfokusan Dual Pixel. Sensor dengan saiz pixel yang besar ini menurut Xiaomi memastikan pengambilan gambar yang baik dalam situasi pencahayaan yang rendah,

Dua model dilancarkan iaitu berwarna hitam dan putih. Kerangka peranti diperbuat daripada aluminium dan panel belakang pula diperbuat daripada bahan seramik

Sedang dikemaskini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi MIX 2S Dilancarkan Dengan Snapdragon 845 Dan Sistem Dwi-Kamera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info