Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Telah Melabur Sebanyak $700 Juta Di Rantau Asia Tenggara Sehingga Kini

Dengan pengambil-alihan operasi Uber di Asia Tenggara hari ini, pihak Uber turut berkongsi beberapa perkara mengenai perubahan operasi syarikat mereka.

Dengan pengambil-alihan ini, ia adalah kali ketiga Uber menarik diri daripada sesuatu pasaran – selepas di China dan juga Russia. Namun, pihak Uber turut menekankan yang mana bergerak kehadapan, mereka tidak lagi akan keluar daripada mana-mana pasaran.

Pada masa yang sama, Uber menekankan yang mana penyatuan operasi dengan Grab, selain menerima pegangan pada Grab sebanyak 27.5% membawa kepada keuntungan kepada mereka.

Uber sebelum ini telah melabur sebanyak $700 juta sehingga kini di rantau Asia Tenggara, dan dengan perubahan hari ini, mereka akan memegang pegangan sebanyak 27.5% di Grab yang bernilai beberapa bilion ringgit.

Perubahan hari ini bukan sahaja untuk perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi, tetapi juga untuk perniagaan Uber Eats yang akan dijenamakan kepada Grab Food di rantau Asia Tenggara ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Telah Melabur Sebanyak $700 Juta Di Rantau Asia Tenggara Sehingga Kini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info