Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Menjual Perniagaan Asia Tenggara Mereka Untuk Pegangan 27.5% Pada Grab

Setelah berkali-kali menyangkal dakwaan mereka akan menjual perniagaan Asia Tenggara mereka kepada Grab, Uber hari ini mengesahkan ia akhirnya akan berlaku. Dengan perjanjian yang dipersetujui hujung minggu lalu,

Uber TunaiUber menjual perniagaan Asia Tenggara mereka kepada Grab untuk pegangan 27.5% pada Grab. Ketua pegawai eksekutif mereka juga akan menyertai lembaga Grab.  Menurut laporan Recode, nilai penjualan ini mencecah beberapa bilion Dollar.

Kesemua 500 kakitangan Uber akan diserap masuk oleh Grab menurut email yang dihantar oleh CEO Uber Dara Khosrowshahi kepada kakitangan hari ini. Selain perkhidmatan tempahan pengangkutan, Uber juga melepaskan perkhidmatan Uber Eats kepada pihak Grab.

Ini ialah penarikan dari pasaran kali ketiga dilakukan oleh Uber. Sebelum ini mereka menarik diri dari Russia dan bekerjasama dengan Yandex. Sementara itu di China pula mereka diambil alih oleh pesaing mereka Didi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Menjual Perniagaan Asia Tenggara Mereka Untuk Pegangan 27.5% Pada Grab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info