Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mensasarkan Galaxy S9 Dan S9+ Terjual Sebanyak 43 Juta Unit Tahun Ini

Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan di Malaysia minggu ini. Ramai yang pasti menantikan kemunculan peranti yang kami rasakan sesuai untuk penggemar fotografi dan juga audio. Menurut laporan media Korea Selatan, Samsung mensasarkan peranti ini akan terjual sebanyak 43 juta unit tahun ini.

Sasaran ini adalah lebih tinggi berbanding jualan Galaxy S8 (41 juta) dan Galaxy S7/S7 Edge (48 juta). Pada suku pertama 2018 mereka mensasar jualan sebanyak 12 juta unit. Samsung nampaknya cukup yakin dengan kedua-dua peranti utama keluaran mereka ini. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz. Adakah Samsung Galaxy S9 termasuk di dalam senarai peranti yang ingin anda miliki tahun ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mensasarkan Galaxy S9 Dan S9+ Terjual Sebanyak 43 Juta Unit Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info