Google sebelum ini telah menambah sokongan tema gelap untuk YouTube pada versi desktop – sekaligus membuatkan mata anda selesa ketika melayari laman berkenaan ketika persekitaran anda gelap, atau anda melayarinya ketika waktu malam tanpa membuka lampu bilik.
Kini, selain daripada penawaran di desktop, Google turut memperluaskan penawaran tema gelap berkenaan untuk peranti mudah-alih.
Pengguna akan mula melihat pilihan “Dark Theme” pada aplikasi YouTube di iPhone dan iPad bermula hari ini. Pengguna Android turut akan menerima ciri sama melalui aplikasi YouTube selepas pengguna iOS.
Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari tema berwarna cerah atau gelap?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pilihan Tema Gelap Pada YouTube Diperluaskan Untuk Android Dan iOS"