Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengurusan Fail Dalam Google Drive Kini Dikuasakan Dengan Kecerdasan Buatan

Fail-fail dalam Google Drive boleh dikongsi bersama oleh pengguna-pengguna. Tetapi apabila pengguna ingin mencari fail yang dikongsi ianya agak sukar kerana fail-fail dalam Google Drive yang disusun secara terurus.

Kini dengan bantuan kecerdasan buatan, pada tab “Shared With Me” terdapat paparan berbentuk kad dengan avatar pengguna yang berkongsi fail dengan anda. Google menyedari kebanyakan pengguna mencari fail yang dikongsi dengan mereka berdasarkan nama individu yang melakukan perkongsian. Dengan baru ini, mencari fail yang dikehendaki akan menjadi lebih mudah serta teratur.

 

Google juga akan meneka fail mana yang anda ingin akses, dan fail itu akan dipaparkan terlebih dahulu. Sistem kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin digunakan bagi meneka kandungan G-Drive yang diinginkan. Semakin banyak ia digunakan, semakin pintar ia memberikan saranan fail kepada pengguna.

Kemaskini Google Drive ini akan mula diedarkan pada pengguna G-Suite terlebih dahulu dan kemudian baru pada pengguna biasa. Google turut akan menyertakan pelbagai optimasi dengan kecerdasan buatan untuk Google Drive dalam beberapa bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengurusan Fail Dalam Google Drive Kini Dikuasakan Dengan Kecerdasan Buatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info