Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Surface Book 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia – Harga Jualan Bermula Pada RM6899

Malaysia nampaknya bakal melihat laptop Microsoft Surface Book 2 tidak lama lagi, kerana pihak Microsoft Malaysia baru sahaja menghantar jemputan untuk acara pelancaran peranti tersebut.

Acara tersebut bakal berlangsung pada 13 Mac minggu hadapan. dan bakal melihatkan peranti-peranti Surface yang lain seperti Microsoft Surface Pro dan juga laptop Microsoft Surface Laptop yang sudahpun dilancarkan tidak lama dahulu.

Surface Book 2 dikuasakan oleh siri CPU Intel Core i5 dan i7 Coffee Lake, dan hadir dengan memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD sebesar 512GB. Dari segi paparan pula, Surface Book 3 hadir dengan paparan PixelSense bersaiz 13.5 inci dan 15.0 inci dengan resolusi 3000×2000 pixel.

Apa yang menarik mengenai laptop Surface Book 2 ini adalah ia merupakan sebuah peranti 2-dalam-1, dan bahagian paparannya boleh dicabut daripada bahagian papan kekunci untuk dijadikan sebuah tablet.

Bukan itu sahaja, laptop ini juga hadir dengan model yang mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dan juga GTX 1060 yang boleh digunakan untuk mengekod video ataupun bermain permainan komputer.

Pra-tempahan untuk laptop Surface Book 2 ini sudahpun hadir di kedai atas talian Lazada, dan nampaknya beberapa model dengan spesifikasi berbeza akan dijual, termasuklah model-model dengan paparan 13.5 inci dan 15.0 inci yang disebut sebelum ini.

Laptop Microsoft Surface Book 2 ini boleh dipra-tempah bermula pada harga RM6899 untuk model 13.0, manakala model 15.0 inci akan mula dijual pada harga RM10,779 hingga RM12,499.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Surface Book 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia – Harga Jualan Bermula Pada RM6899"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info