Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 9 Lite Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM749

Penggunaan catur kamera pada peranti dahulunya dianggap sesuatu yang mustahil tetapi kini semakin meningkat jumlahnya. Hari ini tiba giliran Honor 9 Lite dengan catur kamera pula memasuki pasaran di Malaysia selepas dua bulan dilancarkan di China.

Dari segi spesifikasi Honor 9 Lite dilengkapi skrin 5.65″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 659, memori sebesar 3GB dan storan 32GB (sokongan kad mikro-SD sehingga 256GB).  Dwi-kamera 13+2 Megapixel digunakan pada bahagian hadapan dan juga belakang peranti. Sistem dwi-kamera yang digunakan ialah kamera sekunder mengesan yang kedalaman bagi menghasilkan kesan khas bokeh. Tiada sokongan zoom optikal disertakan.

Bateri yang digunakan pula sebesar 3000 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas. Akhir sekali Honor 9 Lite menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8. Harga jualan peranti ini di Malaysia ialah RM 749 sebuah dengan pilihan warna Glacier Grey dan Sapphire Blue. Ini ialah harga jualan yang lebih mampu milik berbanding Huawei Nova 2i (RM 1099) yang turut dilengkapi catur-kamera.

Tetapi pada jam 9 pagi, 9 Mac ini, Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga istimewa RM699 sebuah apabila dibeli menerusi laman Shopee. Promosi pada harga RM699 hanya ditawarkan terhad untuk sehari sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 9 Lite Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM749"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info