Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo A1 Dilancarkan Di China Tanpa Pengimbas Cap Jari

Minggu ini ialah minggu yang agak sibuk kerana terdapat banyak pelancaran peranti baru. Oppo baru sahaja melancarkan Oppo R15 dan semalam sebuah lagi peranti dilancarkan tetapi tanpa sebarang promosi seperti biasa. Oppo A1 ialah peranti kelas permulaan mereka yang dijual pada harga mampu milik.

Oppo A1 dilengkapi skrin 5.7 inci dengan nisbah 18:9, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 13-Megapixel, kamera hadapan sebesar 8-Megapixel dan bateri sebesar 3180 mAh. Tiada maklumat mengenai resolusi skrin dan pemproses yang digunakan buat masa ini.

Ia juga tidak dilengkapi pengimbas cap jari. Sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada sistem imbasan wajah seperti sebuah iPhone X. Di China Oppo A1 akan dijual pada 1 April hadapan dengan harga  RMB 1399 (~RM 8633).

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo A1 Dilancarkan Di China Tanpa Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info