Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G7 Dijangka Diperkenalkan Pada Mei Bersama Skrin Takuk

LG sepatutnya memperkenalkan LG G7 sekitar Mac 2018 lepas, tetapi disebabkan beberapa perkara, mereka merekabentuk semula dan menangguhkan pengenalan peranti berkenaan.

Kini, menurut laporan daripada ETNews dari Korea Selatan, ia dikatakan LG mungkin memperkenalkan LG G7 dan LG G7 Plus sekitar Mei 2018 kelak. Ia dikatakan LG G7 akan menggunakan cip Snapdragon 845, dan mungkin hadir dengan rekaan skrin takuk, selain ciri kamera pintar seumpama yang hadir bersama LG V30S ThinQ sebelum ini.

Sekiranya benar, maka ia mungkin adalah variasi daripada LG G7 (Neo) yang tertiris sebelum ini.

LG dikatakan akan memfokuskan kepada audio, bateri, kamera dan paparan melalui telefon pintar ini – sekaligus memberikan lebih perhatian kepada ciri-ciri utama yang menjadi fokus utama pembeli seluruh dunia.

Selain daripada LG G7, ET News turut melaporkan yang mana pihak LG turut dijangka memperkenalkan LG G7S atau LG 40 sekitar November tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LG G7 Dijangka Diperkenalkan Pada Mei Bersama Skrin Takuk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info