Dengan perkembangan era teknologi, ia memberikan kesan positif kepada pelbagai pihak, termasuk dalam arena pendidikan. Menjawab persoalan mengenai sasaran menggunakan buku digital sepenuhnya disekolah, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini mengatakan kerajaan masih dalam peringkat kajian untuk penggunaan buku digital dalam pendidikan.
Ia dikatakan yang mana proses mengubah buku sedia ada kepada buku digital bukan sesuatu yang sukar, tetapi apa yang lebih sukar adalah kaedah implementasinya.
Apa yang sukar dan masih dalam peringkat kajian adalah kaedah perlaksanaannya. Paling sukar adalah berkenaan siapakah yang akan membawa peranti untuk mengaksesnya (tablet atau komputer) – sama ada pihak kerajaan sendiri, atau para pelajar membawa peranti mereka trsendiri.
Disamping itu, kos perlaksanaan untuk penggunaan buku teks digital turut perlu diambil-kira sebelum melaksanakannya secara meluas.
Buat masa ini, terdapat beberapa ujian dan kajian sedang dilaksanakan, dan laporan berkaitan dengannya dijangka dikongsikan pada masa akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Mengkaji Penggunaan Buku Teks Digital Sepenuhnya Di Sekolah"