Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Android Oreo 8.1 Untuk Pixel XL Mengakibatkan Masalah Pengecasan Arus Berlebihan

Sejak peranti Nexus diperkenalkan, Google sering memberi kemaskini yang baik dari segi sistem, tambahan ciri ataupun tampalan sekuriti. Jika ada isu pada bahagian-bahagian tertentu Pixel, Google yakin boleh membaikinya dengan hanya memberi kemaskini melalui OTA.

Walaubagaimanapun, kemaskini Android Oreo 8.1 pada Pixel XL mempunyai pepijat yang menyebabkan peranti dicaj pada arus yang terlampau tinggi. Ia berbahaya kerana kadar arus pengecasan ini mencecah 40% lebih tinggi daripada yang biasa.

Pengecas asli Pixel XL hanya mampu mengecas pada kadar 18W (9V/2A) tetapi pepijat ini membuatkan peranti ini dicaj pada kadar 25W (9V/2.8A). Perkara ini adalah sangat berbahaya dan boleh merosakkan peranti. Ia hanya disedari apabila notifikasi “Charging Rapidly” berkelip tanpa henti, yang menunjukkan terdapat masalah ketika proses pengecasan.

Berita baik di-sini ialah pengecas asli Pixel XL mempunyai kemampuan mematikan proses pengecasan jika arus yang berlebihan dikesan. Oleh itu kebarangkalian peranti akan rosak adalah rendah jika menggunakan pengecas asli. Pepijat ini hadir sejak kemaskini Januari 2018 dan sehingga kini masih lagi belum diselesaikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Android Oreo 8.1 Untuk Pixel XL Mengakibatkan Masalah Pengecasan Arus Berlebihan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info