Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ikimobile BLESSPLUS – Telefon Pintar Dengan Tubuh Diperbuat Daripada Gabus

Peranti utama di pasaran sekarang rata-rata diperbuat daripada kaca dan aluminium. Dengan penggunaan dua bahan ini, peranti kelihatan lebih premium sekaligus membuatkan pembelian terasa berbaloi. Tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang unik, Ikimobile BLESSPLUS ialah peranti untuk anda.

Peranti yang dilancarkan di MWC ini mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada gabus. Bahan ini digunakan kerana ia mesra alam dan kemampuan menyerap hentakan. Pengeluar BLESSPLUS cuba menghasilkan peranti yang meninggalkan impak yang minimum kepada alam sekitar.

Ikimobile BLESSPLUS dilengkapi skrin 5.99″ TFT HD penuh, pemproses MediaTek Helio P20, memori sebesar 4GB, storan 64GB, kamera utama 13+13 Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri 3800 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Peranti yang masih menggunakan Android Nougat ini dijual pada harga $438 (~RM 1713) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ikimobile BLESSPLUS – Telefon Pintar Dengan Tubuh Diperbuat Daripada Gabus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info