Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Memperkenalkan Tiga Paparan Skrin Untuk Pelbagai Kegunaan

Jika anda mempunyai sebuah komputer yang berkuasa, ataupun sebuah laptop yang hadir dengan pilihan untuk menyambung sebuah paparan skrin kepadanya, Acer baru-baru ini juga mengumumkan kehadiran tiga paparan skrin terbaru yang dibina untuk gaming, riadah dan juga tugasan rekaan.

Paparan-paparan tersebut adalah Acer XF270HA, Acer ED242QRA dan Acer EB321HQUB. Ketiga-tiga paparan ini hadir dengan ciri-ciri yang berbeza dan juga tanda harga berlainan untuk memudahkan pengguna komputer untuk memilih paparan manakah yang paling sesuai untuk kegunaan mereka.

Acer XF270HA ialah paparan gaming bersaiz 27 inci dengan resolusi Full HD yang juga hadir dengan teknologi paparan AMD FreeSync untuk membantu menyelaras kepantasan kadar segar semula 240Hz paparan tersebut. Paparan in ijuga hadir dengan sela-masa 1ms GTG (grey-to-grey), dan pengguna boleh melihat butiran pada skrin tersebut pada sudut 178 darjah.

Dari segi rekaan, paparan ini juga dilaraskan untuk ditolak ke kiri, kanan, atas dan bawah, disamping ditegakkan untuk dijadikan sebagai paparan menegak. Ciri-ciri lain yang hadir pada paparan ini termasuklah Flickerless, Bluelight Shield, Low Dimming dAcer EB321HQUBan ComfyView.

Acer ED242QRA pula sebuah paparan 23.6 inci yang hadir dengan ciri skrin melengkung yang dilengkapi dengan teknologi FreeSync dan kadar segar semula 144Hz.

Ia mempunyai sela-masa 4ms, dan sama seperti monitor XF270HA, para pengguna boleh melihat butiran di paparan pada sudut 178 darjah. Ciri-ciri seperti Flickerless, BluelightShield dan ComfyView juga hadir pada paparan ini.

Acer EB321HQUB sialah paparan yang terbesar diantara ketiga-tiga model ini pada saiz 31.5 inci pada resolusi 2560×1440 dan menyokong kedalaman warna 10bit yang hadir sebanyak 1.07 bilion warna yang berbeza.

Kesemua paparan-paparan ini sudahpun hadir di pasaran Malaysia, dan Acer telahpun mengumumkan harga untuk paparan-paparan ini:

  • Acer XF270HA – RM1499
  • Acer ED242QRA – RM799
  • Acer EB321HQUB – RM1099


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Memperkenalkan Tiga Paparan Skrin Untuk Pelbagai Kegunaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info