Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Markah Ujian Penanda Aras Samsung Galaxy S9 Lebih Rendah Berbanding iPhone 7

Peranti baru dilancarkan secara lazimnya lebih berkuasa berbanding peranti yang lebih lama. Penggunaan pemproses yang lebih berkuasa dan saiz RAM yang lebih besar akan memberikan markah penanda aras yang tinggi. Dengan pelancaran Samsung Galaxy S9, ramai pasti ingin melihat apakah markah penanda aras peranti ini jika dibandingkan dengan iPhone X yang merupakan pesaing terdekatnya.

Laman Anandtech telah menggunakan aplikasi penanda aras Geekbench 4 untuk melakukanujian. Dua model S9 yang diuji menggunakan Snapdragon 845 dan Exynos 9810. Markah yang dicatatkan model dengan Exynos 9810 jauh lebih tinggi berbanding model dengan Snapdragon 845, Exynos 8895 (Galaxy S8) dan Snapdragon 835 (Galaxy S8).

Namun begitu markah yang dicatatkan lebih rendah berbanding iPhone X (Apple A11) dan iPhone 7 (Apple A10). Hanya markah ujian satu teras Apple A10 berjaya dipintas sedikit oleh Exynos 9810.

Ujian yang dilakukan menguji kemampuan memproses sahaja. Tahun lalu Galaxy Note 8 dengan Exynos 8896 melakukan ujian multi-tugas lebih pantas berbanding iPhone X. Sementara itu OnePlus 5T masih lagi juara kerana mengalahkan Note 8.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Markah Ujian Penanda Aras Samsung Galaxy S9 Lebih Rendah Berbanding iPhone 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info