Huawei baru sahaja melancarkan Huawei P20 dan P20 Pro secara rasminya hari ini, dan kini pihak Huawei Malaysia telah pun menjadualkan acara pelancaran kedua-dua telefon pintar ini pada minggu hadapan, 3 April 2018 kelak.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dengan Huawei yang memposisikan Huawei Mate 10 sebelum ini pada harga kompetitif, semestinya ramai yang menyasarkan perkara sama pada siri P20 ini.
Mencuri perhatian pada siri-P20 adalah sokongan skrin takuk, serta penambah-baikkan pada kamera yang menawarkan sokongan rakaman gerak-perlahan sehingga 960fps, penambah-baikkan rakaman ketika cahaya malap, dan sebagainya.
Selain itu, Huawei P20 Pro dijangka akan mencuri perhatian paling ramai pengguna dengan sokongan kamera 40-megapixel dan zoom optikal 3 kali yang disertakan olehnya.
Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan sebagainya pada 3 April 2018 ini.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P20 Dan P20 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 April"