Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Goodyear Memperlihatkan Tayar Khas Untuk Kereta Elektrik

Jumlah kereta elektrik semakin hari semakin meningkat kerana pengguna semakin cakna dengan impak kereta berenjin konvensional ke atas alam sekitar. Tetapi satu perkara yang tidak disedari pengeluar ialah impak kereta elektrik terhadap tayar yang digunakan. Menurut Goodyear tayar kenderaan biasa haus 30% lebih pantas apabila digunakan pada kereta elektrik.

Gabungan pecutan kereta elektrik yang lebih pantas dan kenderaan yang lebih berat kerana menggunakan bateri menyumbang kepada tayar haus lebih pantas. Di Geneva Auto Show, Goodyear EfficientGrip Performance diperlihatkan kepada umum. Tayar ini mempunyai alur yang lebih kecil bagi meningkatkan luas permukaan yang menyentuh permukaan jalan. Ini akan menambat daya pecutan kereta.

Sisi tayar lebih aerodinamik bagi mengurangkan geseran udara. Tubuh tayar juga lebih tegap bagi menampung berat kenderaan. Goodyear mensasarkan tayar ini akan memasuki pasaran Eropah menjelang 2019.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Goodyear Memperlihatkan Tayar Khas Untuk Kereta Elektrik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info