Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GIGABYTE Memperkenalkan Komputer Padat BRIX Yang Hadir Dengan CPU Intel Coffee Lake

Komputer padat GIGABYTE BRIX ialah sebuah komputer padat NUC yang hadir dengan spesifikasi yang boleh dikatakan agak berkuasa didalam rangka yang lebih kecil daripada sebuah kotak kasut.

Komputer BRIX generasi terbaru baru sahaja diperkenalkan oleh GIGABYTE, dan ia hadir dengan dua model yang hadir dengan saiz yang berbeza pada 0.46L dan 0.63L. Kedua-dua model ini pula hadir dengan CPU Intel Core i7-8250U dan Core i7-8550U yang juga hadir dengan dua slot memori DDR4 dan storan SSD M.2-2280.

Dari segi I/O, komputer BRIX ini mempunyai dua port USB 3.0, port HDMI dan DisplayPort, port LAN di bahagian belakang dan dua port USB 3.1 di bahagian hadapan, termasuk sebuah port Type-C.

Terbina didalam komputer ini juga ialah sebuah kad WLAN yang hadir dengan sokongan WiFi 802.11ac dan juga sokongan untuk Bluetooth 4.2. Untuk model dengan saiz 0.63 liter, ia juga mempunyai sebuah talam untuk cakera keras bersaiz 2.5 inci yang menggunakan sambungan SATA III 6.0Gbps.

Buat masa ini, GIGABYTE masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran dan tanda harga untuk komputer padat GIGABYTE BRIX ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GIGABYTE Memperkenalkan Komputer Padat BRIX Yang Hadir Dengan CPU Intel Coffee Lake"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info