Tahukah anda Oppo adalah sebuah syarikat audio berkualiti tinggi sebelum memasuki arena penghasilan peranti pintar pada tahun 2008. Tahun lalu mereka adalah pengeluar peranti ke-empat terbesar di belakang Samsung, Apple dan Huawei. Peranti mereka mementingkan kemampuan swafoto. Tetapi di masa hadapan mereka akan turut dikenali sebagai peranti dengan kemampuan audio yang baik.
Dolby Laboratories hari ini mengumumkan persetujuan melesenkan teknologi High-Efficiency Advanced Audio Coding (HE AAC), JPEG-HDR dan teknologi audio visual yang lain kepada Oppo. Dengan penggunaan HE AAC, audio yang lebih baik dapat dinikmati walaupun pada bitrate yang rendah. JPEG-HDR pula menyimpan kesemua maklumat gambar bagi memudahkan proses melakukan suntingan pasca gambar diambil.
Mungkin selepas ini Oppo boleh kembali menjual fon kepala berprestasi tinggi seperti Oppo PM-3 Closed-Back Planar Magnetic Headphones yang dijual pada tahun 2015.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dolby Melesenkan Teknologi Audio HE AAC Dan JPEG-HDR Kepada Oppo"