Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Astro Akan Tawar Pengalaman Menonton Piala Dunia FIFA 2018 Melalui Paparan Realiti-Maya

Menjelang bulan Jun kelak, salah satu perkara yang akan diperkatakan hangat oleh ramai peminat bola sepak tempatan adalah berkaitan dengan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia. Kini, selari dengannya, pihak Astro mengumumkan sejumlah penawaran yang akan disediakan oleh Astro untuk pelanggan mereka.

Astro VR Stadium

Seperti biasa, pelanggan Astro perlu dapatkan “Pas Piala Dunia FIFA 2018” untuk menerima akses kepada pelbagai kandungan Piala Dunia pada harga RM100 (untuk pelanggan Astro dan NJOI). Dan menariknya, untuk kali pertama, Astro turut akan menyediakan siaran langsung melalui sebuah aplikasi VR khusus.

Dinamakan sebagai VR Stadium Astro, ia akan menawarkan sudut-pandang 180-darjah, membolehkan pengguna menikmati perlawanan Piala Dunia 2018 ini secara langsung melalui set realiti-maya.

Astro VR Stadium

Dengan penawaran ini, ia akan memberikan pengalaman yang berbeza berbanding sebelumnya, seumpama berada benar-benar di stadium ketika perlawanan berlangsung. Ini juga adalah kali pertama kandungan seumpamanya ditawarkan untuk pengguna tempatan. Disamping itu, melalui aplikasi Stadium Astro, pengguna turut boleh mengakses siaran langsung perlawanan melalui pelbagai sudut kamera berbeza dengan mudah.

Aplikasi VR Stadium Astro ini dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat, menjelang acara Piala Dunia FIFA 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Astro Akan Tawar Pengalaman Menonton Piala Dunia FIFA 2018 Melalui Paparan Realiti-Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info